Kadang-kadang ALLAH hilangkan matahari dari pandangan mata dan rasa deria kita, kita pun berasa sedih.. Kemudian DIA turunkan pula hujan sebagai rahmat untuk menyuburkan bumi ini. Setelah hujan, kita terlihat satu arca yang sangat indah di langit bumi.. Berseri dan menyenangkan hati mereka yang ALLAH kehendaki.. Rupa-rupanya DIA mahu hadiahkan kita pelangi. Subhanallah.. Alhamdulillah..
Penat hamba menunggu bas untuk balik ke kolej kediaman. Hamba baru balik dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa untuk solat Asar. Sebelum itu hamba dan sahabat-sahabat ada membuat satu kerja lapangan untuk subjek Tamadun Islam dan Asia.
Tidaklah penuh sangat tempat menunggu bas itu, tapi tempat duduk sudah tiada. Hamba pun berdirilah.. Tapi tidak apa, bukan hamba seorang yang berbuat begitu. Ada lagi yang berkongsi rasa penat, ‘kan..?
Jam pada telefon bimbit menunjukkan waktu menghampiri Maghrib. Hmm.. Terbatallah niat hamba untuk iftaar di Masjid. Langit bumi mula bergerimis. Tapi hamba tiada rasa untuk itu. Bukannya menyusahkan pun, hanya hujan gerimis.
Meliar mata hamba melihat horizon universiti ini.. Sampailah pandangan hamba menerpa ke masjid kesayangan hamba.. Subhanallah.. Indah sungguh pemandangan itu, penat hamba hilang. Hamba suka sangat-sangat! Pelangi tu seolah-olah terpancar dari sebelah masjid. Terima kasih, ya ALLAH.. Hati hamba-MU ini terhibur!

















![13 Year old Dad Alfie Patten Picture[4]](http://blogsyaza.alwahy.com/files/2010/06/13-Year-old-Dad-Alfie-Patten-Picture4.jpg)